KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk menukar nama jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’.
RUU itu dibentangkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada hari ini. RUU yang diluluskan itu mendapat sokongan daripada 67 ahli dewan iaitu majoriti lebih dua pertiga manakala enam orang tidak menyokong.
Menurut Abdul Karim, penggunaan ‘Premier’ untuk menukar nama ‘Ketua Menteri’ di bawah Perkara 6(3) Perlembagaan Sarawak itu seperti yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel, termasuk Australia dan Kanada
Sehubungan itu, katanya, bagi mencerminkan status Sarawak berlainan daripada negeri-negeri dalam Persekutuan, adalah dicadangkan supaya nama jawatan Ketua Menteri itu disebut semula sebagai ‘Premier’.
Sumber dari : Jiwa Bakti